Zuraida kata Kerajaan Selangor ‘tidak betul’

Zuraida kata Kerajaan Selangor ‘tidak betul’

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara mempunyai kuasa untuk menutup mana-mana kilang yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja

Katanya, kuasa itu selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang sedia ada.

Beliau menafikan dakwaan kononnya PBT tidak mempunyai kuasa mengarahkan penutupan kilang yang mendatangkan risiko kepada kesihatan awam.

“Pada 29 Jun lalu, Kerajaan Pusat telah menurunkan kuasa kepada kerajaan negeri (PBT) untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak, kilang yang tidak mengikut SOP ditetapkan, mereka boleh dikompaun.

“Kalau kita mengambil contoh di Selangor dan mereka kata tidak ada kuasa untuk menutup kilang sedangkan ia (kuasa) itu sudah diturunkan kepada mereka melalui Akta 432.

“Selain itu, mereka (PBT) juga boleh menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang secara jelas membenarkan semua PBT mengambil tindakan kompaun dan mengarahkan penutupan premis atau kilang yang menjejaskan kesihatan orang ramai.

“Jadi, tidak betul kalau mereka (kerajaan Selangor) cakap mereka tidak ada kuasa kerana kami (kerajaan Pusat) sudah turunkan kuasa kepada mereka dan boleh guna Akta 171 bagi menutup kilang terbabit,” katanya.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )