Zaman sekarang orang takut pergi solat, kena tangkap

Zaman sekarang orang takut pergi solat, kena tangkap

Respon YB Hanipa Maidin mengenai beberapa individu yang ditangkap kerana menunaikan solat Aidiladha baru-baru ini, ada maksud yang tersirat.

Dalam sinis, Ahli Parlimen Sepang itu berkata, “Dulu saya pernah solat di sebuah masjid. Ada dengar sebuah pengumuman.

“Tuan puan esok ada seseorang…akan hadir dan sembahyang di masjid kita, sila ambil perhatian pihak masjid akan mengosongkan saf hadapan, tidak boleh mana-mana ahli jemaah yang dibenarkan untuk bersolat di saf hadapan tersebut pada esok hari ya. Tolong bagi kerjasama ya.”

Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui apa yang saya kata dalam hati hari tu!”, kata beliau bercerita kepada pengikutnya di Facebook.

“Dulu-dulu orang takut kena tangkap jika tak sembahyang.. La ni zaman dah berubah orang takut kena tangkap jika gi sembahyang.

“Tapi to be fair ada juga yang tak berubah..  Ada setengah orang bila depa gi sembahyang satu dunia tahu,” sindir Hanipa.

Sebelum ini, polis telah menahan 49 lelaki bagi membantu siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan solat sunat Aidiladha di atas jalan berhampiran Surau Taman Pelangi, Juru, Selasa lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tangkapan membabitkan 48 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan itu dibuat sejurus polis menerima laporan berkenaan insiden tersebut.

Semua mereka ditahan di kawasan taman perumahan itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk siasatan lanjut.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )