Zahidi antara parasit Bebalisme

Zahidi antara parasit Bebalisme

Nampaknya kecoh di media sosial apabila wakil rakyat UMNO sekali lagi  menyalahkan rakyat yang memilih PAKATAN HARAPAN, bukan salah ahli politik.

Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh menyelar Kenyataan Zahidi sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan apabila cuba menyalahkan rakyat sebagai punca kepada ketidakstabilan kerajaan PERIKATAN NASIONAL ketika ini.

“Saya menyarankan agar Datuk Zahidi mengambil peluang untuk mencermin diri, adakah beliau sendiri sudah memperbetulkan keadaan?

“Dengan pelbagai kenyataan, peristiwa dan usaha yang acuh tidak acuh sebagai Timbalan Menteri KMM, adakah beliau berhak untuk meletakkan keadaan sekarang ke atas pundak bahu rakyat?

“Saya yakin rakyat tidak lupa gelagat Datuk Zahidi dalam berhadapan dengan isu Veveonah Mosibin,” kata Pengerusi PKR Johor itu dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline.

Syed Ibrahim membangkitkan isu capaian internet yang lemah di kawasan-kawasan luar bandar sehingga membawa kepada permasalahan lain.

“Cukuplah menyalahkan rakyat Yang Berhormat Timbalan Menteri. Rakyat melaksanakan amanah membuang undi untuk mengangkat demokrasi adalah tidak salah.

“Kerajaan yang hanya bermain politik, tidak serius mengambil berat isu terkait rakyat dan meletakkan kesalahan pada pihak lain inilah yang bersalah dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Antara tanda lain yang nampak pada pemimpin yang menanggung parasit bebalisme ini ialah ketidakupayaan untuk berfikir secara kreatif, sama ada untuk menyelesaikan masalah rakyat, atau pun mencipta projek baharu untuk menfaat rakyat.

Kerana itu juga timbul idea pengisytiharan darurat.

Apabila Yang di-Pertuan Agong bertindak dengan bijaksana menolak cadangan tersebut, maka pemimpin yang menanggung penyakit Bebalisme hilang punca.

Sungguh! Bebalisme itu percuma.

Tetapi kesannya perlu dibayar oleh rakyat dengan harga yang tinggi.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )