Zahid tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO!!!

Zahid tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO!!!

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy berkata, Ahmad Zahid tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan diminta berundur segera.

“Beliau mungkin Presiden atas nama tetapi beliau tidak mempunyai kuasa moral lagi untuk membuat keputusan bagi pihak UMNO,” katanya di Facebook pada Selasa.

Khairy pada Ahad menggesa Presiden parti itu, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur selepas prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengambil contoh kekalahan dalam peperangan, Khairy berkata, panglima besar mesti bermaruah untuk mengambil tanggungjawab.

Dalam PRU15 pada Sabtu lalu, BN berjaya memenangi 30 kerusi Parlimen dan dianggap sebagai prestasi paling buruk dalam sejarah.

Mengulas mengenai kenapa baru sekarang bersuara tentang perkara itu, Khairy menjelaskan beliau pernah mencabar Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan parti pada tahun 2018 untuk jawatan Presiden.

“Pada tahun 2018 saya lawan Zahid untuk Presiden UMNO. Lepas itu banyak kali cakap dia kena beri laluan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )