Zahid ada niat terselindung agar tidak memasuki ke penjara?

Zahid ada niat terselindung agar tidak memasuki ke penjara?

Exco Akademi Muda, Pejuang Muda Malaysia, Firas Nasiruddin menyifatkan tindakan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa supaya  Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) segera diadakan seolah-olah langsung tidak cakna dan memikirkan implikasi yang bakal diterima rakyat sedangkan ramalan menjangkakan negara bakal mengalami banjir besar pada pertengahan November ini.

Mungkin dengan menyegerakan PRU15 ini, Presiden UMNO beranggapan mereka dapat menjadi kerajaan tunggal tanpa bergabung dengan mana-mana parti lain.

“Justeru dengan cara ini, Presiden UMNO mungkin merasakan beliau mampu memegang semula tampuk kuasa negara dan dalam pada itu apakah ada niat yang terselindung dalam dirinya agar tidak memasuki ke penjara?,” soal beliau.

Katanya lagi, Ismail Sabri seharusnya mengekalkan kredibiliti yang ada dan tidak tunduk dengan hasutan Presiden beliau sendiri bagi membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU15 pada tahun ini.

Jika memegang pada prinsip yang baik dan berkonsepkan ‘Keluarga Malaysia’, mana mungkin PRU15 bakal diadakan pada pertengahan November ini di mana tumpuan kerajaan sepatutnya pada kesiapsiagaan kerajaan untuk menghadapi banjir besar yang kemungkinan bakal berlaku hujung tahun ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )