Wee Ka Siong jangan ‘lepas tangan’ dan ‘kambing hitamkan’ Tajuddin

Wee Ka Siong jangan ‘lepas tangan’ dan ‘kambing hitamkan’ Tajuddin

ADUN Durian Tunggal, Datuk Sofi Wahab menyifatkan kemalangan LRT laluan Kelana Jaya baru-baru ini sebagai bukti kegagalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Katanya adalah wajar sekiranya Menteri berkenaan juga dipecat seperti yang dilakukan terhadap Tajuddin.

“Wee tidak boleh ‘lepas tangan’ dan menjadikan Tajuddin ‘kambing hitam’ dalam kejadian ini.

Ini kerana menurutnya, Wee Ka Siong mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar dalam mengawal selia pengangkutan awam di negara ini jika dibandingkan dengan Tajuddin yang merupakan hanya Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana.

Apa yang dapat dilihat sekarang ini, Menteri bukan hanya tahu sekadar memohon maaf tetapi tidak berani bertanggungjawab atas kemalangan berkenaan.

Katanya lagi, isu ini jelas menjadi satu koleksi siri kegagalan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Jika beliau tidak memecat Wee Ka Siong, ini bermakna beliau redha dengan kelemahan dan kegagalan serta kelemahan Menteri berkenaan,” tambahnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )