WARISAN putus hubungan, bukan sebab benci PH

WARISAN putus hubungan, bukan sebab benci PH

Keputusan Parti Warisan (WARISAN) memutuskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) adalah bagi memastikan supaya parti itu lebih mudah membuat keputusan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Sabah serta di Semenanjung.

Ketua Penerangan Warisan, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berkata, sebelum ini Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ada membuat kenyataan bahawa WARISAN sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan politik yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memastikan kestabilan politik dan menjaga kepentingan rakyat negara ini.

Katanya, susulan kenyataan itu, banyak respons yang dilontarkan pelbagai pihak termasuk pemimpin parti politik dan orang ramai selain menjadi topik perbincangan hangat di media sosial.

“Ramai yang menyokong namun ada juga segelintir pihak yang telah menyalah tafsir kenyataan itu.

“Saya ingin menjelaskan bahawa ketegasan WARISAN untuk memutuskan kerjasama dengan PH bukan kerana tidak suka dengan PH.

“Keputusan ini adalah bagi memastikan WARISAN lebih mudah membuat keputusan untuk bertanding di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seluruh kawasan Parlimen di Sabah serta beberapa kawasan Parlimen di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )