Wanita PKR sasar menang 20 kerusi Parlimen

Wanita PKR sasar menang 20 kerusi Parlimen

Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mensasarkan 20 calon daripada sayap parti itu memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketuanya, Fuziah Salleh berkata, ketika ini sebanyak 11 kerusi Parlimen disandang oleh wanita.

“Hasrat kita pada PRU akan datang memastikan 11 kerusi ini dikekalkan sebagai kerusi wanita. Kita juga sudah mengenal pasti sembilan lagi kerusi-kerusi Parlimen yang akan ditandingi wanita.

“Perancangan kita supaya selepas PRU15 diumumkan, kita ada 20 ahli Parlimen wanita yang akan mewakili parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Kongres Nasional Keadilan Ke-15 (Wanita) yang berlangsung secara maya sebentar tadi.

Perasmian disempurnakan Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kongres Nasional Keadilan Ke-15 (Wanita) yang berlangsung pada Jumaat dilaksanakan secara maya sepenuhnya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Ia sekali gus menjadi persidangan pertama kali dilaksanakan sepanjang penubuhan parti berkenaan yang kini menginjak usia 22 tahun.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )