Walaun ‘Cap Bulan’ dikecam. Ada akal tapi tak cerdik!!

Walaun ‘Cap Bulan’ dikecam. Ada akal tapi tak cerdik!!

Gempar!! Tindakan sekumpulan pemimpin dan penyokong Pas berendam dalam takungan air yang digunakan untuk minuman di Pulau Perhentian dikecam warganet.

Sekeping gambar yang tular yang menunjukkan mereka masuk ke dalam takungan ‘Air Berani’ di Pulau perlancongan itu yang ditakung khas untuk diminum.

Pengguna Facebook Johar Ismail marah dengan perbuatan penyokong Pas yang digelar walaun yang ada akal tetapi tidak cerdik.

Pengunjung mencedok air di takungan Air Berani yang bersih bukan setakat boleh bilas badan bahkan boleh diminum

Beliau berkata, tujuan meletakkan sekatan guni pasir di Air Berani itu supaya airnya bertakung dan menjadi kolam bagi memudahkan pengunjung dan pelancong mandi dan bilas selepas mandi di pantai.

“Ia untuk kegunaan pengunjung, pelancong mandi, minum dan bilas air masin.

“Nelayan pun singgah ambil air di sini. Airnya sejuk.

“Payah juga nak jumpa air turun secara semula jadi di kawasan pulau. Walaupun tak besar, tapi jarang kering,” ujarnya.

Bengang dengan perbuatan penyokong Pas bertindak berendam di dalam takungan air itu beliau menggelarkan mereka ‘walaun Pas purba’.

“Apa tujuan sedia timba? Orang suruh cedok air dengan timba. Jirus. Bukan gi berendam dalam tu. Natang darat!! Otak mana otak?”kata beliau.

Lata Air Berani yang terkenal dengan air sejuk seperti ais yang keluar dari celahan batu bukit termasuk untuk membilas badan kerana ia air tawar tidak pernah kering merupakan satu keajaiban kawasan mata air ini ia tak pernah masin walaupun terletak dekat dengan pesisir pantai.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )