Vaksin segera pekerja pasar raya, perkemas SOP

Vaksin segera pekerja pasar raya, perkemas SOP

Menerusi satu hantaran di Facebook, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada di pasar raya.

Sehingga kini katanya, seramai 1,162 pekerja membabitkan 59 buah pasar raya disahkan dijangkiti Covid-19 sehingga 1 Julai dan operasi terpaksa ditutup untuk tempoh tertentu.

“Ia jelas menimbulkan persoalan yang amat besar mengenai SOP sedia ada di pasar raya. Sama ada SOP di pasar raya berkesan membendung penularan wabak Covid-19. Perkara ini perlu diteliti sebaik mungkin.,” tulisnya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, pasar raya antara sektor yang perlu beroperasi dalam tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Jika tidak sukar bagi orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan beberapa pendekatan diambil termasuk menyegerakan suntikan vaksin terhadap pekerja selain memperkemas SOP sedia ada seperti pemakaian dua lapis pelitup muka.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )