Usah risau peningkatan kes Covid-19

Usah risau peningkatan kes Covid-19

Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, memberitahu masyarakat agar tidak bimbang dengan peningkatan kembali kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara ASEAN yang lain kerana data bagi liputan vaksin berada pada tahap yang baik.

Katanya, masyarakat perlu melihat tiga indikator utama COVID-19, antaranya kemasukan pesakit ke dalam hospital dan jumlah kematian yang dilaporkan sebelum mengatakan kes di sesebuah negara itu meningkat secara mendadak.

“Kita akui, walaupun dengan vaksin masih ramai yang dijangkiti wabak berkenaan, kesan sampingan yang dihadapi pesakit lebih ringan berbanding mula-mula penularan virus berkenaan di negara ini,” katanya.

Dr Malina berkata, walaupun kini masyarakat sudah mula leka dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP), masih ramai yang terlindung daripada dijangkiti COVID-19 kerana masing-masing sudah mempunyai vaksin.

“Namun, kini walaupun ramai yang dijangkiti, kesan sampingannya tidak seteruk dulu, yang banyak terdedah kepada bahaya dan memerlukan rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Malina berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih perlu membuat pemantauan supaya data yang diperoleh dengan tepat dan membantu negara mengawal dan cegah penularan COVID-19.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )