Undi18: Anak muda jangan terlalu ghairah, nilai secara mendalam sebelum memangkah

Undi18: Anak muda jangan terlalu ghairah, nilai secara mendalam sebelum memangkah

Berkuat kuasa 15 Disember lalu, Undi18 telah diwartakan. Mereka yang berumur 18 tahun telah didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih.

Berdasarkan data, seramai 1.14 juta orang yang tergolong pengundi berusia 18 hingga 21 tahun akan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sejauh mana Undi18 bakal mempengaruhi kejayaan atau kegagalan sesebuah parti politik untuk menakluki Putrajaya?

Pada 12 Mac lalu, seramai 173,177 golongan berusia 18 hingga 21 tahun berpeluang merasai sendiri pengalaman proses mengundi menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mereka mewakili 6.67 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,597,742 pengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 54.92 peratus keseluruhan yang keluar mengundi.

Daripada jumlah tersebut, dianggarkan pengundi berusia 18 hingga 21 tahun yang turun mengundi adalah di bawah lima peratus atau 8,658 orang daripada jumlah pengundi muda yang didaftarkan di negeri itu.

Selamat datang Admin ucapkan kepada pengundi-pengundi baharu yang bakal mengundi pada PRU15, sekali gus ‘mewarnai’ sistem demokrasi serta diharapkan dapat merubah lanskap politik negara.

Cuma apa yang perlu diingatkan, jangan hanya tahu memangkah calon yang kacak dan jelita sahaja, kerana semua itu tidak menjamin apa-apa kepada masa depan anda dan negara.

Anak muda perlu menilai secara mendalam kerana mahu parti yang dipilih kelak mengubah kehidupan rakyat. Sekali gus membuktikan generasi muda mampu mengubah masa depan menerusi undi ikhlas anda.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )