UNDI 18 dilaksanakan menjelang Disember

UNDI 18 dilaksanakan menjelang Disember

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Kerajaan akan melaksanakan undi 18 tahun sebelum tamat sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Beliau berkata, kerajaan tiada pilihan lain selain akur terhadap perintah mahkamah yang telah mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan untuk melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember tahun ini

“Bagi undi 18 kita tak ada pilihan sebenarnya. Rang undang-undang ini mesti dilaksana sebelum tamatnya persidangan ini.

“Oleh kerana Hakim telah menetapkan… Kalau kita tidak laksanakan, maknanya Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia akan didakwa atas ‘contempt of court’,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan dibangkitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang menggesa kerajaan untuk segera menangani masalah teknikal berkaitan kedudukan Raja-Raja Melayu dalam penggubalan undi 18.

Beliau berkata, pelaksanaan undi 18 tidak boleh dilengahkan dan perlu diluluskan pada sesi Parlimen pada Disember.

Justeru itu, Wan Junaidi berkata, dua minggu dari hari ini Jemaah Menteri akan membentangkan pindaan melaksanakan undi 18.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )