UMNO terpisah jauh daripada derita rakyat, dangkal dan penting diri

UMNO terpisah jauh daripada derita rakyat, dangkal dan penting diri

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor, Ir Izham Hashim menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang dangkal sekiranya membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika musim banjir pada akhir tahun ini.

Katanya, menjadikan musim banjir sebagai pesta pilihan raya sangat tidak masuk akal apatah lagi sanggup meredah banjir semata-mata untuk berkempen.

“Saya masih ingat lagi saat kami meredah banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda. Ia tidak seindah seperti yang Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bayangkan.

“Kenyataan ini menunjukkan UMNO terpisah jauh daripada derita rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia berikutan ucapan Ahmad Zahid semasa melancarkan jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN), bahawa gabungan itu bersedia untuk berkempen semasa banjir jika Pilihan Raya Umum diadakan pada musim tengkujuh.

Pada Sabtu, Presiden UMNO itu dilaporkan berkata, sekiranya ditakdirkan PRU15 diadakan hujung tahun meskipun beberapa negeri sering dilanda banjir dalam tempoh tersebut, jentera Pemuda gabungan politik itu tetap bersedia mengharunginya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )