UMNO langgar perlembagaan partinya sendiri

UMNO langgar perlembagaan partinya sendiri

UMNO didakwa melanggar perlembagaan partinya sendiri pada Perhimpunan Agung (PAU) yang lalu.

Ahli UMNO, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir berkata, perkara itu berlaku apabila usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan diperkenalkan semasa ucapan pencadang usul Ucapan Dasar Presiden pada persidangan tersebut.

Menurutnya, tindakan tersebut telah melanggar Peraturan 10 yang mana menyatakan sebarang usul perlulah disampaikan dalam tempoh 14 hari.

“Tetapi tiada notis yang dihantar kepada perwakilan dalam tempoh tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar selepas membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )