UMNO dikecam tak sedar diri

UMNO dikecam tak sedar diri

13 Oktober lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk menyembah maklum kepada Seri Paduka bahawa beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Malam itu juga Dato’ Seri Ahmad Maslan  memberi syarat baharu kepada PERIKATAN NASIONAL.

Belum apa-apa syarat ini telah dikritik oleh Bendahari PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

“Masa nyawa-nyawa ikan dulu tak pulak letak syarat,” ciapnya.

Dalam erti kata lain, tak sedar diri, tak kenang jasa.

Sebelum itu beliau menciap:

“Kepada pemimpin politik yang hanya dikelilingi oleh kawan-kawan politik mereka jenguklah rakyat di bawah. Mereka dah benci dengan permainan orang politik yang  mengejar jawatan demi jawatan bukan untuk masa depan negara atau kebajikan rakyat. Rakyat nampak siapa yang ikhlas, siapa yang gila kuasa.”

Hanya Iskandar yang tahu kepada siapa ciapan itu ditujukan.

Mungkinkah kepada rakannya sendiri, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali yang ingkar Standard Operating Procedure (SOP) untuk mengamalkan Kuarantin kendiri setelah kembali dari Turki?

Perbuatan itu langsung tidak boleh dianggap sebagai cerminan keikhlasan seorang pemimpin. Keengganan beliau meletakkan jawatan sebagai bukti nyata apa yang beliau kejar.

Tetapi mustahil beliau menegur rakan sendiri yang telah disucikan sebagai burung Hudhud oleh Mursidul Am Dato’ Hashim Jasin.

Mungkin Iskandar menyindir rakan sekongkol PAS yang turut sama dalam kerja TEBUK ATAP iaitu UMNO yang diwakili Dato’ Seri Ahmad Maslan, yang kini berang dengan BERSATU dan PERIKATAN NASIONAL.

Ini dapat dilihat daripada sindiran yang jelas ditujukan kepada UMNO yang disebutnya dulu ‘nyawa-nyawa ikan.’

Pemimpin UMNO tegur orang tengah seronok main dua kolam. Kan sudah kena sindir?

UMNO kini di kelilingi gerombolan yang tidak diketahui musuh atau kawan.

Ada yang pandai baca doa, ada yang pandai bertakbir raya, ada yang pembawa dalil, ada yang membawa ghanimah dan ada pula yang makan gaji buta.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )