UMNO bukan ‘pondan’ politik, Muhyiddin tak faham-faham ke?

UMNO bukan ‘pondan’ politik, Muhyiddin tak faham-faham ke?

Umno menyatakan pendirian mereka untuk tidak akan bersama dengan Perikatan Nasional (PN) khasnya Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang. Itu muktamad!

Ini kerana, Umno akan luput jika terus bersama dengan PN akibat dari tindakan tikam belakang dan tidak ada kesetiaan dalam politik. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Umno tak akan jadi parti luput. Umno akan luput kalau terus bersama PN yang tidak ada kejujuran politik dan tikam belakang, maksudnya kalau kita biarkan diri kita ditikam belakang, itu namanya pondan politik,” katanya.

Katanya lagi, bukan lagi satu rahsia bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PN selepas 118 daripada 190 bahagian Umno awal Januari lalu meluluskan usul untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Manakala 147 ketua bahagian Umno juga menyatakan pendirian yang sama.

“Pada saya ia jadi rahsia terbuka. Bila ada keputusan 118 dari 147 (bahagian meluluskan usul tolak Bersatu) maksudnya putus hubungan.

“Patutnya Muhyiddin Yassin faham-fahamlah bahawa sebenarnya sudah ada keputusan. Pada saya pendirian Umno sudah jelas,” katanya dalam wawancara dengan The Malaysian Insight.

Puad berkata antara perkara yang menyebabkan Umno kecewa dengan Bersatu ialah apabila ketua kampung yang dilantik oleh PN tidak mahu memberikan kerjasama dengan pemimpin Umno di akar umbi.

Menurut Puad, Umno tidak semestinya bersendirian dalam pilihan raya akan datang sekiranya ia tidak bersama dengan Bersatu dan PN.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )