UMNO ditolak,penyokong Azmin Ali bakal buat U-turn?

UMNO ditolak,penyokong Azmin Ali bakal buat U-turn?

Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa PAKATAN HARAPAN memiliki majoritinya kukuh, meyakinkan dan selesa untuk menubuh kerajaan dengan majoriti Ahli Parlimen bersamanya adalah Melayu Bumiputera.

Dari mana Anwar Ibrahim mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Melayu Bumiputera kalau tidak daripada UMNO?

Spekulasi pula membayangkan terdapat penyokong Dato’ Seri Azmin Ali yang akan u-turn.

Apapun usaha Anwar Ibrahim harus berpandukan kepada prinsip teras PAKATAN HARAPAN seperti Integriti, Prinsip Hukum dan Ketelusan dalam menjalankan misi mendapat majoriti di Parlimen.

Secara ringkas, maknanya kemasukan ‘en block’ iaitu masuk secara kelompok atas nama parti (UMNO) tetap ditolak.

Naib Presiden Amanah, Dr. Mujahid Yusuf berkata penyokong PAKATAN HARAPAN dan pengundinya sangat sensitif dengan kelompok UMNO yang mereka tolak kerana gagal memelihara integriti dan amanah sebagai pemerintah.

UMNO ditolak ekoran skandal besar 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda, MARA dan Tabung Haji yang dikaitkan dengan kegagalan mereka memelihara institusi Melayu. Itu jelas.

Manakala Pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari berpendapat, jika  Anwar sahih mempunyai majoriti mencukupi, pilihan yang ada hanyalah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi itu juga melahirkan kekesalan terhadap laporan sesetengah media massa yang seolah-olah cuba mengelirukan tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

Sedangkan katanya, Perlembagaan amat jelas dalam hal melantik kerajaan.

Pelik sungguh. Apabila Muhyiddin Yassin dan gerombolannya menebuk atap, tidak ada pun pihak yang mengaku sebagai ‘penganalisis’ berhujah bahawa perbuatan Presiden BERSATU itu tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi apabila atap yang ditebuk itu mahu ditutup, mereka memutar senario untuk mengelirukan pendapat umum.

Sedangkan, apa yang PAKATAN HARAPAN ingin lakukan ialah menggantikan kabinet yang tidak kompeten ini dengan yang lebih tinggi kualitinya serta mengembalikan mandat rakyat yang telah dikhianati.

Apa guna kabinet berskala XXXL, jika setiap kali menteri membuka mulut, mereka menjadi bahan lawak, parodi dan troll sahaja? Bebal sangat ni.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )