Ulasan Perundangan : Kritikan Tidak Wajar Yang Dilemparkan Terhadap Hakim Mahkamah Sesyen

Ulasan Perundangan : Kritikan Tidak Wajar Yang Dilemparkan Terhadap Hakim Mahkamah Sesyen

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 09.12.2020 UTUSAN MALAYSIA bertajuk “Pegawai Imigresen menangis teresak-esak dipenjara 30 hari, denda RM20,000” telah melaporkan berhubung kenyataan HAKIM MAHKAMAH SESYEN dalam menjatuhkan HUKUMAN JENAYAH terhadap seorang tertuduh seperti berikut :

“Pegawai Imigresen menangis teresak-esak sejurus Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM20,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima wang tunai RM12,000 bagi melepaskan dua tahanan warga China, Rabu lalu.

Dalam prosiding tersebut, Zalizi yang tidak diwakili peguam dalam keadaan sebak dan menitiskan air mata merayu dalam keadaan hukuman yang diberikan kepadanya diringankan kerana telah insaf.

“Saya berjanji tidak akan melakukannya lagi dan mohon tidak dipenjara selain denda yang dikenakan satu bulan gaji iaitu RM1,460.

“Malah, saya mempunyai seorang anak kecil dan isteri juga tidak bekerja selain perlu menyara bapa di kampung dan dua adik yang masih belajar,” katanya.

Hakim Rozilah dalam penghakimannya berharap Zalizi mengambil iktibar daripada perbuatannya dan percaya tertuduh baharu berjinak-jinak berdasarkan umurnya yang masih muda dan melihat tempoh perkhidmatannya tidak sampai dua tahun.

“Jangan ulang lagi kesilapan dan ingat orang yang makan rasuah atau beri suapan jadi bahan bakar api neraka,” katanya.”

Bagi saya dari sudut perundangan, tindakan HAKIM MAHKAMAH SESYEN itu tidak langsung menjadi ISU untuk dibincangkan, malah adalah TEPAT dan BETUL, namun pada hari ini juga FREEMALAYSIATODAY 11.12.2020 bertajuk “Hakim digesa ketepi pandangan agama ketika jatuh hukuman” telah memetik pandangan dua (2) pengamal undang-undang, iaitu Saudara SALIM BASHIR Presiden Majlis Peguam dan GOPAL SRI RAM, bekas Hakim, yang dalam bentuk dan gaya laporan itu sebenarnya membangkitkan ISU yang perlu disentuh dan diperbetulkan untuk fahaman kesemua Rakyat yang prihatin, di mana ianya melaporkan antara lain :

“Majlis Peguam dan bekas hakim menggesa hakim mahkamah rendah supaya tidak membuat kenyataan berunsur agama ketika menjatuhkan hukuman ke atas orang yang dituduh tanpa mengira bangsa dan agama mereka.

Beliau berkata komentar hakim tidak perlu merujuk kepada agama atau hukuman agama dalam menentukan ukuran hukuman.

“Tiada sesiapa boleh dihukum dengan keras atau sebaliknya diberi kelonggaran berdasarkan emosi atau ajaran agama,” tambahnya.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata, sistem perundangan Malaysia adalah sekular dan dikawal oleh undang-undang yang digubal di Parlimen.

“Ia tidak dikuasai oleh kandungan mana-mana agama pun. Tidak sebutan tentang neraka atau syurga dalam peruntukan hukuman Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang merupakan undang-undang yang bermatlamatkan pencegahan dan hukuman terhadap kegiatan rasuah,” katanya.

Sebagai pelaksana keadilan sekular katanya, tidak tepat untuk merujukkan seorang tertuduh yang disabitkan dengan kesalahan rasuah kepada ajaran agama hanya kerana beliau beragama Islam.

“Bagaimana jika kepercayaannya berbeza? Adakah kita akan tanganinya berdasarkan agama kepercayaannya?

“Isunya ialah rasuah yang merupakan kesalahan serius kerana ia menghakis struktur sosial dan melemahkannya.

“Tidak penting sama ada pelakunya seorang Islam, Hindu, Kristian atau Bahai. Beliau akan meringkuk dalam penjara, bukan di neraka,” tambahnya.

Dengan bantuan dan ehsan Penerbit, Saudara Aidil Khalid dan Pengacara Saudara Abi Mursyidin Awal, saya telah memberi penjelasan dan pandangan saya berhubung perkara ini, secara khususnya berkaitan KRITIKAN KHILAF dan TIDAK WAJAR para pengamal undang-undang terbabit, yang mana adalah dikongsi di Ruang Bawah untuk tontonan dan fahaman kesemua yang prihatin.

BERANI KERANA BENAR !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )