U-Turn: PAS, Tebuk Atap tak tahu nak letak muka!

U-Turn: PAS, Tebuk Atap tak tahu nak letak muka!

Ketika Perdana Menteri TEBUK ATAP Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pengisyitiharan darurat kepada YDP Agong, bukan main lagi PAS menyokong.

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengecam pengisytiharan darurat sebagai Kerajaan diktator.

“Kenapa masih mahu membawa persepsi politik sekiranya berlaku darurat sehingga melabel kerajaan diktator,” tegasnya.

Tegas beliau sekiranya berlaku darurat, ia adalah soal keselamatan negara berhadapan wabak Covid-19 bukan politik diktator, lapor Harakahdaily, 25 Oktober 2020.

Malah Akbar lidah rasmi PAS itu begitu teruja menampilkan pandangan pensyarah yang disebut sebagai pakar undang-undang Perlembagaan, tentang betapa pentingnya pengisytiharan darurat itu bagi negara kita.

Kononnya darurat itu untuk menggembeling tenaga mengurus masalah wabak COVID-19 yang kian meruncing.

Namun, apabila permohonan Muhyiddin itu ditolak oleh banginda YDP Agong, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya menyebut bahawa beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang diumumkan melalui Kenyataan Media Istana Negara itu.

PAS u-turn dan kini Kerajaan TEBUK ATAP yang kesipuan kerana ura-uranya mengelak persidangan Parlimen gagal, mahu PAKATAN HARAPAN menyokong Belanjawan 2021.

Keputusan baginda itu sekali gus menutup angan-angan Kerajaan TEBUK ATAP untuk meneruskan apa-apa agenda mereka, tanpa melalui perbahasan di Parlimen.

Tidak jadi masalah kepada PAKATAN HARAPAN untuk menyokong Belanjawan 2021 bagi menangani pandemik COVID-19 dan menggembeling solusi membantu memulihkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat yang terjelas teruk.

Namun, jika peruntukan tersebut termasuk menanggung kos perbelanjaan operasi kabinet bersaiz XXXL, seramai 70 Menteri dan Timbalan Menteri serta tiga Duta Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri yang entah apa yang dilakukan sehingga ini, maka, pemeriksaan awam harus dijalankan.

Rakyat tidak mahu dana negara digunakan untuk Menteri dan timbalan Menteri yang tidak buat kerja. Noktah.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )