Tun M PM-9:  Dah tak ada orang lain? – Ramkarpal Singh

Tun M PM-9:  Dah tak ada orang lain? – Ramkarpal Singh

“Sebagai rakyat Malaysia, saya mesti bertanya pada diri sendiri, tidakkah ada orang lain?”

Demikian persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugur, Ramkarpal Singh mengkritik tindakan PEJUANG yang mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia sementara menunggu Pilihan Raya Umum ke-15.

Ramkarpal membangkitkan janji Tun Dr Mahathir semasa di dalam PAKATAN HARAPAN bahawa penggantinya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Adakah kita akan melantik orang yang sama yang berjanji kepada negara bahawa dia akan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim pada suatu ketika dahulu, tetapi hari ini memberitahu kita bahawa Anwar salah untuk negara ini?

Mengapa memberitahu kami perkara ini jika anda fikir dia sesuai dahulu? Untuk meraih undi?” soalnya.

Ramkarpal jelas kecewa dengan tindak tanduk Tun Dr Mahathir kebelakangan ini.

“Hari ini dia tegas mahu Kerajaan tanpa Anwar, yang menimbulkan pertanyaan: mengapa kamu berdusta di masa lalu, menjanjikan takhta kepadanya?” soalnya.

Ramkarpal berkata beliau menghormati apa yang telah Tun Dr Mahathir lakukan pada masa lalu.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir telah menghancurkan badan kehakiman, dan memasukkan ramai orang ke dalam penjara kerana mereka menentangnya.

“Saya menyesal kerana pernah bekerjasama dengan anda. Andalah yang menyebabkan negara ini begini, hari ini.

Anda punca mengapa negara ini memerlukan pembaharuan. Dan hari ini anda mengatakan anda mahu “menyelamatkan negara? Anda adalah orang terakhir yang mampu melakukannya,” ujarnya sinis.

Inilah kenyataan paling keras yang dinyatakan oleh seorang pemimpin DAP terhadap Tun Dr Mahathir.

Kesimpulannya, tindakan Tun Dr Mahathir menolak Anwar pada saat ini amat mengecewakan bekas rakan seperjuangannya.

Tun Dr Mahathir Mohamad harus berhenti bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga.

Sokong Anwar Ibrahim dan PAKATAN HARAPAN akan menjadikan beliau negarawan yang dikenang oleh rakyat.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )