TPM dari kalangan BN, GPS?

TPM dari kalangan BN, GPS?

Pemilihan calon Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet dalam Kerajaan Persekutuan memerlukan keputusan kolektif antara semua parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn, berkata gabungan itu yang meraikan pelbagai pandangan perlu membuat keputusan dipersetujui semua.

Tiga komponen terbesar yang membentuk Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan GPS.

Bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar berkata biasanya jawatan itu diberikan kepada blok kedua terbesar dalam kerajaan.

“Oleh kerana Perdana Menteri daripada PH, biasanya Timbalan Perdana Menteri itu daripada komponen kuat yang lain. Setakat ini BN, dan kepada Sabah dan Sarawak. Komponen yang kuat di Sabah dan Sarawak ialah GPS, jadi ini dalam pertimbangan,” kata Perdana Menteri.

GPS yang merupakan gabungan empat parti terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), memenangi 23 daripada keseluruhan 31 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November lalu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )