Tolong jaga rumah tangga sendiri!! Bersatu bagi amaran kepada Puad

Tolong jaga rumah tangga sendiri!! Bersatu bagi amaran kepada Puad

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian mengingatkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi supaya tidak mencampuri urusan Bersatu sebaliknya menjaga ‘rumah tangganya’ sendiri dalam UMNO.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri (BPN) Johor berkata, Mohd Puad tidak perlu sibuk dengan hal dalaman parti lain sedangkan UMNO sendiri sedang berdepan masalah.

Tegasnya, tiada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen Bersatu Johor yang berhasrat menyertai UMNO seperti didakwanya.

“Justeru saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

“Segala yang dikata adalah tidak benar, tiada dengar apa-apa (ADUN dan ahli Parlimen Bersatu mahu masuk UMNO) tetapi ramai dalam kalangan parti-parti lain nak masuk Bersatu, bukan kita yang nak keluar,” kata ADUN Kempas itu.

Baru-baru ini Mohd Puad yakin ada beberapa ADUN Bersatu Johor yang sudah bersedia meninggalkan parti itu untuk menyertai UMNO dan perkara tersebut bukan lagi rahsia selain mendakwa mereka menunggu masa yang sesuai sahaja.

Mohd Puad juga mencabar empat ADUN Bersatu Johor yang sebelum ini mengancam akan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor untuk berbuat demikian.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )