Timbalan MB Kelantan cabar BN dan PH kemukakan calon MB

Timbalan MB Kelantan cabar BN dan PH kemukakan calon MB

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah mencabar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), mengemukakan calon Menteri Besar Kelantan sekiranya serius ingin menumbangkan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Tindakan itu katanya,  membolehkan rakyat membuat pilihan tepat parti yang layak menerajui tampuk pentadbiran negeri pada masa depan.

“Dari segi demokrasi rakyat ada hak untuk memilih, kerajaan negeri tiada hak untuk menyekat.

Tetapi sebelum membuat keputusan rakyat kena tengok jika mereka (pengundi) tidak suka kepada PAS, nak tukar kerajaan nak bagi kepada siapa.

“Sebab di Kelantan hanya ada tiga pilihan iaitu PAS, BN atau PH.

Semua ini sudah ada rekod (pencapaian) termasuklah PAS, jadi buat perbandinganlah,” katanya selepas mengulas rakaman video tular mengenai persoalan dilontarkan berkaitan isu siapa layak mentadbir Kelantan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )