Tiga alasan dangkal desak PRU disegerakan, Zahid betul-betul terdesak!!

Tiga alasan dangkal desak PRU disegerakan, Zahid betul-betul terdesak!!

Nampaknya, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelihatan sangat terdesak ketika ini.

Apa tidaknya, Zahid dalam kenyataannya terus menggesa agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan seawal mungkin.

Katanya, perkara tersebut perlu disegerakan dengan mengambil kira tiga pertimbangan utama yang dilihat dangkal dan berkepentingan oleh rakyat jelata.

Pertama: Kononnya UMNO dan BN harus dominan semula dalam kerajaan agar keputusan parti akan lebih ada tindakan segera dalam kerajaan.

Kedua: Kononnya pilihan raya umum perlu disegerakan kerana ingin menstabilkan politik negara. Katanya, apabila politik stabil fokus kepada isu rakyat dapat diberikan keutamaan, contohnya masih ada lagi parti BERSATU menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan walaupun tempoh pilihan raya kurang daripada setahun.

Dan yang Ketiga: Pertumbuhan ekonomi perlu diperkasakan. Dasar dan tindakan lebih bersepadu diperlukan kononnya akan membawa negara keluar daripada ketidaktentuan ekonomi. Kesemua ini memerlukan kerajaan yang kuat dan stabil.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, jika pelaksanaan PRU15 terus dilambatkan, ia bakal menjejaskan ketiga-tiga perkara dibangkitkan itu yang menurutnya saling berkaitan antara satu sama lain.

Namun sayang sekali, ketiga-tiga alasan dangkal yang dicipta Zahid tidak dapat mengaburi mata rakyat Malaysia yang kini terjerut dan terhimpit serta muak dengan perangai dan kerenah pimpinan BN/UMNO yang tidak habis-habis dengan kegilaan kuasa dan kedudukan.

Benarkah tiga alasan dangkal Zahid itu menjadi pendorong kepada kesegeraan PRU15? Atau yang sebetulnya, ia lahir daripada keterdesakan Zahid dan Dato’ Sri Najib untuk bebas daripada gelaran Kluster Mahkamah?

Sekilas ikan di air, rakyat tahu jantan betinanya… jangan diperbodohkan rakyat dengan alasan dongeng yang hanya akan dipercayai simachai dan sang penjilat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )