Tidak ada bukti duit masuk akaun saya atau saya terima duit itu

Tidak ada bukti duit masuk akaun saya atau saya terima duit itu

Sebelum ini, Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun memaklumkan pihaknya memberi dana RM1.3 juta kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi dua transaksi pada Ogos dan September 2018, untuk kegunaan parti berkenaan.

Menyangkal dakwaan itu, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, keadaan berbeza dengan kenyataan David Tan dari UKSB di dalam mahkamah iaitu duit itu diberi melalui anak saudaranya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar dan bukannya kepada beliau.

“Tidak ada bukti duit masuk akaun saya atau saya terima duit itu atau David Tan melihat duit itu diserah pada saya. Apa yang ada hanyalah kenyataan David Tan yang bersandar pula kepada lejernya digelar Buku 555.

“Tan Sri Rahmat telah keluar kenyataan nafi dia serah apa-apa duit pada saya. Dia juga terangkan ada terima wang RM1.3 juta tetapi ini adalah imbuhan untuk jawatan sebagai Pengerusi dan Penasihat UKSB.

“Dia telah letak jawatan di UKSB tidak lama kemudian dan serah kembali wang RM1.3 juta. Tan Sri Rahmat juga ada surat dan dokumen berkait dengan apa yang dinyatakannya. Memang pun saya tidak pernah terima duit tersebut,” jelasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )