Tiada pelanggaran SOP di Taman Tema – Polis

Tiada pelanggaran SOP di Taman Tema – Polis

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, berkata polis mendapati tiada sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berkaitan jumlah kapasiti pengunjung berlaku di Taman Tema Sunway Lagoon, seperti yang tular di media sosial.

Taman Tema itu katanya, boleh memuatkan seramai 40,000 pengunjung pada satu-satu masa, namun mengehadkannya kepada 20,000 orang berdasarkan SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Bahagian kolam renang berombak di situ pula boleh memuatkan sehingga 10,000 pengunjung dalam satu-satu masa, namun SOP terkini menetapkan hanya 5,000 pengunjung dibenarkan.

“Mengenai dakwaan berlaku pelanggaran SOP, hasil siasatan mendapati terdapat kira-kira 1,900 pengunjung berada di kolam renang berombak itu pada 6 November lalu dan jumlah ini, masih dalam kapasiti dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Netizen mendakwa berlaku pelanggaran SOP di Taman Tema air terbabit, menerusi beberapa rakaman video kejadian yang didakwa berlaku pada 6 November lalu.

Hasil siasatan awal dijalankan, polis mendapati terdapat 3,513 pengunjung direkodkan berada di dalam Taman Tema air itu dan 1,900 pengunjung di kolam renang berombak pada hari kejadian.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )