Tiada lagi isu PRU!! Suhu politik disejukkan.

Tiada lagi isu PRU!! Suhu politik disejukkan.

Awal pagi lagi kita sebagai rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita yang menggemparkan. Pada yang sudah sedia maklum, tiada istilah kejutan bagi mereka. Namun bagi yang memang tidak tahu, ianya satu berita yang sangat mengejutkan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimaklumkan telah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat bermula 11 Januari sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal.

Maka tiada lagi sepatutnya ada tuntutan diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) susulan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sehingga 1 Ogos depan.

Pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi menegaskan semua pihak sebaliknya perlu memberi tumpuan dalam usaha menangani penularan dan impak wabak Covid-19.

*“Tidak ada lagi isu dan perdebatan mengenai tuntutan PRU selepas pengisytiharan darurat. Parlimen pun digantung.

*“Suhu politik dapat disejukkan untuk tempoh beberapa bulan ini. Yang utama sekarang ialah fokus mencari strategi untuk menangani penularan Covid-19.

*“PRU bukan soal utama sebaliknya sama-sama memastikan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan membantu menangani keadaan ekonomi semasa,” katanya.

Dr Awang Azman turut menekankan pentingnya kerajaan sepanjang tempoh pelaksanaan darurat ini memastikan keadaan ekonomi semasa mampu menarik pelabur luar agar tidak tertumpu pada negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam.

*”Kerajaan mesti memikirkan usaha menangani krisis kesihatan dan krisis ekonomi secara menyeluruh,” tegasnya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )