Tiada lagi BN pada pilihan raya akan datang, Sabah Sarawak tidak akan sertai BN

Tiada lagi BN pada pilihan raya akan datang, Sabah Sarawak tidak akan sertai BN

Naib Presiden Parti Warisan, Datuk Junz Wong mendakwa tiada siapa yang boleh membentuk kerajaan tanpa Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, rakyat Sabah harus bekerjasama dengan Sarawak bagi menuntut hak kedua-dua negeri terbabit.

“Sebab itu penting rakyat Sabah sedar akan peluang ini untuk bersatu dan bekerjasama dengan Sarawak untuk menuntut hak-hak kita bagi membentuk kerajaan akan datang.

“Mereka tidak boleh kawal sebab tanpa Sabah dan Sarawak mereka tidak boleh membentuk kerajaan.

“Kita kena ambil peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan untuk mengawal dan mengubah struktur serta budaya politik negara,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru turut berpandangan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan wujud di Sabah kerana bakal ada gabungan baharu.

“Tiada lagi BN pada pilihan raya akan datang, Sabah Sarawak tidak akan sertai BN. Kita juga tidak akan sertai BN, BN tidak akan jadi kerajaan baharu kerana akan ada gabungan baharu.

“Gabungan baharu akan ada struktur dan budaya baharu. Kita kena fokus kepada agenda rakyat dan tidak boleh lagi cakap soal politik kerana rakyat sudah bosan dengan politik.

“Ini pandangan saya dan kita kena stabilkan kerajaan. Kita akan stabil tetapi kita kena berhenti bercakap soal politik dan fokus kepada isu rakyat,” tegasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )