Tiada arahan rasmi iringi anak MP, Pegawai Trafik disiasat

Tiada arahan rasmi iringi anak MP, Pegawai Trafik disiasat

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dalaman mendapati tiada arahan rasmi atau tidak rasmi dikeluarkan pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang bagi tugasan mengiringi orang awam di Jalan Bukit Gambir, Sabtu lalu.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan trafik Nombor 11 (Prosedur atur gerak dan membuka laluan trafik) menyatakan, proses kelulusan permohonan secara rasmi kepada jabatan perlu dilakukan dalam masa tujuh hari waktu bekerja kecuali kecemasan.

Katanya, pegawai bertanggungjawab perlu menilai permohonan itu bagi membuat keputusan sebelum rekod kelulusan permohonan dicatat dalam buku daftar dan buku perharian.

“PDRM memandang serius kesalahan melaksanakan tugas tanpa arahan rasmi sama ada daripada Pegawai Kanan atau Penyelia tugasan,” katanya .

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang terbabit dengan salah laku dan bertentangan dengan SOP ditetapkan.

Katanya, individu berusia 20-an yang terbabit dalam video berkenaan sudah dihubungi bagi memberi keterangan.

Untuk rekod, klip rakaman dua anggota trafik mengiringi orang awam di Jalan Bukit Gambir, tular sejak kelmarin.

Rakaman video berdurasi 20 saat yang dimuatnaik pemilik akaun anwarazeez itu memaparkan seorang lelaki memandu kenderaan dengan diiringi dua anggota trafik menunggang motosikal polis.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )