Terus bertenang, elak perhimpunan, jaga bahasa di media sosial

Terus bertenang, elak perhimpunan, jaga bahasa di media sosial

“Kita semua perlu bergerak ke hadapan dan belajar bekerjasama untuk membina kembali Malaysia, demi masa depan dan kemakmuran setiap rakyat dari semua kumpulan, kaum, negeri dan latar belakang.”

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH) termasuk rakan-rakan politik untuk menghormati keperluan mendesak bagi meredakan keadaan semasa.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan menasihatkan mana-mana pihak tidak mengadakan sebarang perhimpunan untuk mengelak risiko berlakunya provokasi selain menggesa tokoh-tokoh politik supaya berhati-hati membuat kenyataan media.

Berhati-hati dengan sebarang kandungan di media sosial atau pesanan ringkas yang boleh menimbulkan kerisauan atau dijadikan alasan untuk provokasi.

Dalam pada itu, beliau berkata, PKR dan rakan-rakan PH menyembah takzim atas perkenan Seri Paduka Baginda yang melantik Anwar yang juga Presiden PKR sebagai Perdana Menteri dan akan mengetuai Kerajaan Perpaduan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )