Terima dua ekor katak PKR, bukti Muhyiddin jijik berpolitik dalam Covid, Darurat ciptaannya

Terima dua ekor katak PKR, bukti Muhyiddin jijik berpolitik dalam Covid, Darurat ciptaannya

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua ahli Parlimen PKR yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali gus meninggalkan PKR adalah satu drama politik yang jelas menjadi permainan jijik dan kotor Muhyiddin.

Tindakan menerima dua ekor katak ahli PKR itu memperlihatkan PN sebenarnya sedang berpolitik dalam keadaan Covid dan Darurat ciptaan mereka sendiri kerana pasti melibatkan perundingan dan tawar menawar antara dua pihak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyindir Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai hipokrit kerana menerima dua Ahli Parlimen PKR yang melompat meninggalkan parti asal mereka.

Beliau berkata, sebelum ini pengampu Perdana Menteri seringkali mendakwa langkah pengumuman darurat dan penggantungan Parlimen adalah bertujuan untuk mengurangkan ‘politiking’ dalam kalangan wakil rakyat.

“Makin ramai katak dalam PPBM dan PN. Mesti ada perundingan. Mesti ada tawar menawar. Mesti ada sebab musabab. Takkan masuk percuma. Biasanya ada tiga sebab bila berlaku katak si katak lompat.

“Pertama, tidak tahan siasatan SPRM. Kedua tidak tahan tekanan LHDN. Dan ketiga adanya tawaran jawatan Menteri atau GLC.

“Hipokritnya mereka. PPBM lagi kuat politiking. Tetapi YDP Agong bertitah “Parlimen boleh bersidang”, politik mereka terkangkang,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Untuk makluman, dua SD terbabit dibuat oleh Ahli Parlimen Julau, Sarawak, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )