Tengku Zafrul ‘dimangkokkan’ rakyat

Tengku Zafrul ‘dimangkokkan’ rakyat

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengatakan bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk memaksa institusi perbankan memberi moratorium secara automatik pada B40 dan M40 dianggap sebagai satu pembohongan.

Malah dianggap sebagai satu berita palsu yang disebarkan  oleh Menteri kerajaan Perikatan Nasional.

Sedangkan semua orang tahu bahawa di bawah proklamasi darurat, kerajaan boleh berbuat apa sahaja ORDINAN untuk memaksa sesiapa sahaja atau mana-mana organisasi atau institusi untuk berbuat apa sahaja.

“Sebagai contoh kalau kerajaan nak buat ordinan untuk paksa kau Tengku Zafrul gugurkan gelaran TENGKU depan nama kau dan di ganti dengan gelaran MANGKOK pun tak ada siapa boleh halang kecuali YDPA”, tempelak Mohd Hanizam Yunus dalam hantaran di facebook beliau.

“Persoalannya sekarang, sama ada kau nak jaga kepentingan 32 juta rakyat Malaysia atau kau nak jaga kepentingan ‘kabel’ kau di bank lama kau?” , soalnya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )