Tanya kerajaan TEBUK ATAP bukannya pembangkang- bangangnya Idris!

Tanya kerajaan TEBUK ATAP bukannya pembangkang- bangangnya Idris!

Persoalan yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad yang dipetik Harakahdaily baru-baru ini berhubung rakyat yang kena buang kerja, rumah akan dilelong dan segala mehnah yang berlaku bukan dalam kuasa Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Semua maslahat itu kini tanggungjawab Kerajaan TEBUK ATAP.

Beliau patut ajukan persoalan itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Azmin Ali dan Presidennya sendiri, Dato’ Seri Hadi Awang yang begitu rakus menjatuhkan kerajaan lalu yang sedang membuat kerja dengan baik.

Di kalangan merekalah yang sebenarnya duduk fikir mabuk nak menjadi Perdana Menteri.

Akibatnya, sehingga ke saat ini negara berada dalam keadaan yang tidak stabil.

 

Anwar Ibrahim bersama PAKATAN HARAPAN hanya mahu mengambil alih kepimpinan Putrajaya, agar krisis ini dapat ditangani menerusi kepimpinan yang kukuh jatidiri, ikhlas, telus dan jujur di kala berhadapan dengan situasi yang menekan seperti COVID-19.

Ia bukan kepura-puraan menggunakan COVID-19 untuk menagih simpati agar kebejatan dapat ditutup rapi.

“Kerajaan yang berpura-pura bercakap tentang kesepaduan nasional tetapi terpendam karat jahiliyah perkauman tidak mungkin mengemudi suasana krisis hari ini kerana hilang kejujurannya kepada komitmen untuk melahirkan ketahanan Nasional,” ujar Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Mujahid Yusof dalam satu kenyataan.

Namun kerajaan yang bobrok itulah yang dipertahankan oleh Idris Ahmad dan gerombolannya. Malu sungguh Islam, dengan adanya pemimpin seperti ini.

Justeru kita kembalikan soalan yang sama kepada Idris Ahmad.

Setelah duduk di Putrajaya, kami tidak nampak PAS memperjuangkan Islam pun. Makin rancak tunggang agama demi habuan dunia dan pangkat ghanimah, itu kami nampak dengan jelas.

Tepat sekali nasihat Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari supaya ahli PAS melakukan sembahyang hajat bagi menolak kebodohan.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )