Tak puas hati dilapor potong barisan, Exco Kelantan desak KKM ambil tindakan

Tak puas hati dilapor potong barisan, Exco Kelantan desak KKM ambil tindakan

Makin hari makin terserlah keangkuhan dan kesombongan kerajaan PAS di Kelantan. Semua rakyat hendak dihukumnya, namun membantu jauh sekali!

Admin lihat mereka ni seolah-olah menganggap mereka ini golongan kayangan tanpa bermuhasabah diri bahawa mereka dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat.

Terkini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Dr Izani Hussin mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangannya yang tidak patuh pada etika kerja termasuk yang mendedahkan isu potong barisan pemberian vaksin Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan itu berkata, pihaknya menafikan mereka terlibat dengan sebarang gesaan sehingga wujudnya penularan tersebut.

“Kementerian Kesihatan seharusnya memperkuatkan sistem pentadbiran mereka dan mengambil tindakan kepada kakitangan yang mungkin lalai sedikit dari peraturan serta prosedur yang sepatutnya,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Penularan tersebut, katanya, memberi kesan kepada imej baik kerajaan negeri sedangkan tidak pernah wujudpun sebarang gesaan mahupun ‘potong barisan’ sebagaimana yang digempar-gempurkan.

Mengulas lanjut, Izani berkata, pihaknya juga akan membuat laporan polis untuk menafikan perkara tersebut selain mahu pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan dengan lebih lanjut.

Sebelum ini, seorang petugas KKM mendedahkan, kononnya pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) meminta KKM memberikan 200 dos suntikan vaksin Covid-19 untuk negeri itu.

Menurut wisel blower itu, ketika diminta nama 200 orang itu, pejabat SUK berkata, nama akan diberikan sewaktu vaksin itu hendak diberikan nanti.

Alahai pak lebai sekalian, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Mustahil seseorang yang berkaliber dan profesional berani melaporkan hal sedimikian andaikata ianya tidak benar. Pasti ada pihak atau sesuatu yang diselindungkan.

Jangan pula lontar batu, sembunyi tangan bro!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )