Tajuddin digugurkan kerana kritik parti -Zahid

Tajuddin digugurkan kerana kritik parti -Zahid

Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO disebabkan sikap beliau yang mengkritik parti.

Zahid berkata, kritikan itu dibuat menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup yang dihadirinya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan ‘Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair 2022′ di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Salak itu, digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor merakamkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu atas khidmatnya sebagai ahli MKT.

“Presiden (Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) melalui surat ini menamatkan pelantikan Dato’ Sri sebagai ahli MKT UMNO,” katanya dalam surat bertarikh 21 Jun.

Ahmad bagaimanapun tidak menyatakan sebab Tajuddin dipecat dalam surat itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )