Surat Cinta buat Dr. MAZA

Surat Cinta buat Dr. MAZA

Mufti Perlis, Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan menasihati ahli politik untuk kembali mengutamakan kemaslahatan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 daripada sibuk berebut kuasa.

“Tiada guna bagi ahli politik berebut untuk memegang jawatan siang dan malam sedangkan rakyat sedang terhimpit dengan kesan penularan pandemic ini.

Nasihat saya kepada ahli politik, jangan sampai rakyat bencikan semua mereka kerana keadaan telah berubah dan rakyat hari ini berfikiran lebih matang serta tidak lagi taasub kepada satu-satu parti politik atau pemimpin sahaja,” katanya dipetik Bernama baru-baru ini.

Nasihat itu ditujukan kepada siapa ya Dr Maza? Oleh kerana ia disebut selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, kita hanya dapat membuat kesimpulan, ke sanalah hala tujunya. Tak gitu??

Wahai Dr. MAZA yang bijaksana, harus kita sedari bahawa masa depan rakyat dan negara yang bercelaru ini bermula kerana mainan politik dan perebutan kuasa pada Februari lalu yang membawa kepada jatuhnya Kerajaan PAKATAN HARAPAN yang dipilih rakyat.

Kononnya untuk menyelamatkan Malaysia. Dan admin yakin, kenyataan tuan mufti yang bijaksana ini juga untuk menyelamatkan Malaysia, cuma agak pelik, kenapa sekarang?

Hakikatnya, ia didorong oleh kebencian kepada parti politik tertentu dan individu tertentu.

PAS, khususnya Presidennya Dato’ Seri Hadi Awang amat benci Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan AMANAH.

Kerana kebencian melampau itu PAS sanggup bersekongkol dengan BERSATU, UMNO, GPS, PBS dan STAR untuk merampas kuasa kerajaan yang baik, dan mengkhianati mandat rakyat.

Mereka sanggup mempertahankan kelompok asobiyah dan gerombolan kleptokrat, walaupun mereka tahu apa hukumnya dalam Islam.

Sedangkan para ulama termasuk Asri tahu bahawa seorang muslim dengan muslim lainnya adalah bersaudara, sehingga tidak sewajarnya wujud kebencian yang berakar umbi di dalam jiwanya.

Kerana itu juga, kumpulan asobiyah seperti MCA diterima dan DAP dibenci dengan ditohmah pelbagai tuduhan.

Setelah merampas kuasa bersama gerombolan kleptokrasi maka terserlah wajah sebenar mereka.

PAS membenarkan apa sahaja yang dilakukan oleh MCA, sehingga RUU dan Hudud terkubur tanpa tanda. Isu Arwah Adib masih tidka terbela dan sah sudah terbang bersama kepulan asap kereta mewah kalian. Kenapa tidak bersuara kepada mereka?

Cinta (Ketaksuban) dan Kebencian berlebihan boleh membinasakan.

Awasilah bahawa sifat benci boleh mendorong kita berlaku zalim kepada orang lain juga menjadi penyebab kita tidak berlaku adil terhadap mereka.

Harap tuan Mufti yang bijaksana, membaca coretan surat cinta ini dengan hati yang berbunga-bunga, penuh ketaqwaan dan adil dalam mentafsir sesuatu situasi. Moga tuan Mufti sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )