Sumbangan dibuang, jangan terima jika tidak perlu

Sumbangan dibuang, jangan terima jika tidak perlu

Kecoh di media sosial apabila pek biskut, tepung dan gula yang masih belum dibuka ditemui bertaburan berhampiran tong sampah di Pekan Rawang beberapa hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, kejadian itu disedari oleh seorang peniaga yang kebetulan ke lokasi berkenaan untuk membuang sampah.

Menurutnya, pihaknya percaya makanan tersebut merupakan barangan dapur yang disumbangkan oleh masyarakat untuk membantu golongan memerlukan ketika negara berdepan krisis Covid-19.

“Kejadian ini amat mengecewakan. Jangan terima sumbangan jika anda mampu supaya bantuan ini dapat disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan. Ia bagi mengelak berlaku pembaziran seperti ini.

“Harap kejadian seperti ini tidak menjejaskan keyakinan para penyumbang yang bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja amal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berharap insiden yang sama tidak akan berulang pada masa akan datang.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )