Sudahlah Azmin, semua orang tahu ‘jati diri pengkhianat’ macam kamu!!

Sudahlah Azmin, semua orang tahu ‘jati diri pengkhianat’ macam kamu!!

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, tanpa rasa segan silu menegaskan kononnya idealisme dan prinsip perjuangan parti itu adalah jati dirinya.

Beliau kononnya amat menghargai dan berterima kasih atas kepercayaan Presiden BERSATU, Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin, terhadap iltizam dan komitmen beliau bersama parti sebagai wadah politik dan perjuangan demi rakyat.

“BERSATU adalah sebuah parti yang berakar daripada identiti Melayu dan Bumiputera, demi memelihara hak dan kedaulatan Melayu serta Islam.

“Bagaimanapun, sebagai wadah politik yang berpandangan jauh ke hadapan, BERSATU juga mahu mendakap realiti Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama.

“BERSATU berani melakukan anjakan paradigma dengan meminda perlembagaan parti untuk meraikan kepelbagaian kaum dan budaya, yang akan menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selasa lalu, Mahiaddin menafikan dakwaan yang Azmin dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, akan meninggalkan parti itu.

Kepada Azmin, usahlah terlalu suka ‘menjilat’ dan ‘mengampu’ kerana seluruh dunia tahu siapa anda dan ‘jati diri pengkhianat’ yang ada dalam diri anda.

Sewajarnya anda ada rasa malu atas pengkhianatan yang anda lakukan bersama gerombolan Langkah Sheraton dan Tebuk Atap yang telah menjahanamkan negara serta merobek demokrasi sehingga ke hari ini.

Sejarah telah tercipta Azmin.. dan sejarah tidak akan berbohong!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )