Suara akar umbi tidak wajar disekat

Suara akar umbi tidak wajar disekat

Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 termasuk usul tambahan mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang tidak dipertandingkan berhak bersuara dan mengemukakan bantahan.

Perkara tersebut katanya, boleh dirujuk melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Menurutnya, walaupun tidak bersetuju dengan usul tambahan namun sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT), beliau akur dengan suara perwakilan.

“Saya sebagai (AMT) sudah tentu tidak akan mengambil tindakan tetapi mana-mana ahli berhak berbuat demikian dan terserah kepada mereka.

“Bukan bawa ke mahkamah sebaliknya ke RoS. Keputusan parti tidak boleh dicabar di peringkat mahkamah kerana tertakluk kepada Seksyen 18 C Akta Persatuan menetapkan bahawa keputusan membabitkan parti adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menegaskan, tindakan menyekat ahli bersuara akan mendapat respons tidak baik daripada golongan muda yang kritis.

“Tindakan menyekat itu jelas apabila wakil pelajar daripada kelab UMNO luar negara yang memberi kritikan di twitter telah dihalang berucap.

“Tindakan ini memberikan tanggapan buruk dalam kalangan orang muda terutama melibatkan pelajar.

“Seolah kita tidak boleh ditegur, kalau tidak akan dikenakan tindakan. Dalam parti sudah jelas, siapa tegur akan dipecat atau digantung,” ujarnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )