Solat Aidil Adha 300 orang boleh, sidang Parlimen tak boleh??

Solat Aidil Adha 300 orang boleh, sidang Parlimen tak boleh??

Warganet dilihat mengecam Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang dilaporkan menyertai 300 jemaah menunaikan solat sunat aidil adha di masjid negara semalam dengan mengaitkannya dengan pembukaan Parlimen.

Mereka menyifatkan jika begitu keadaannya, bukanlah satu masalah untuk membuka Parlimen dengan kehadiran penuh Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Ketua Wanita PKR Fuziah Salleh turut berkata, tiada alasan untuk Parlimen tidak membenarkan kesemua 220 Ahli Parlimennya bersidang jika Perdana Menteri boleh berjemaah dengan 300 orang di masjid negara.

“Tiada alasan Parlimen tak boleh masuk 220 Ahli Parlimen sedangkan PM berjemaah dengan 300 orang di masjid negara,” ciapnya di Twitter hari ini.

Sementara itu, ada juga yang mempersoalkan mengapa kerajaan hanya membenarkan 80 orang Ahli Parlimen sahaja untuk bersidang.

“Yang ini boleh pula sampai 300 orang ye. Parlimen disekat jumlah kehadiran kenapa ye? Sistem pengudaraan tidak bagus?

“Kejap, bukan ke ruang solatnya berpenghawa dingin? Oh! sebab masanya singkat ke berbanding sesi Parlimen?,” soal pengguna lain.

Pada masa sama, ada pengguna Twitter yang mendakwa sekatan di Parlimen bukanlah kerana faktor Covid-19 semata-mata, tetapi ada kepentingan lain yang hendak dijaga seperti undi tidak percaya.

Sementara itu dalam ciapan lain, Naib Presiden AMANAH Negara, Datuk Seri Mahfuz Omar pula secara sinis berkata, selepas ini sidang Parlimen bolehlah membenarkan semua 220 Ahli Parlimen masuk ke Dewan.

“Solat Aidiladha/Jumaat memang la kena khutbah bukan berbahas, tapi sidang Parlimen kena bahas bukan berkhutbah,” tulisnya.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )