Sokongan terhadap Muhyiddin tak pernah diuji

Sokongan terhadap Muhyiddin tak pernah diuji

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times, Dato’ A Kadir Jasin berkata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Ahmad Maslan, menunjukkan dengan jelas bahawa kerajaan Perikatan NASIONAL Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama ada telah hilang majoriti misterinya atau ibarat telur di hujung tanduk seekor kerbau jantan yang akan berlaga.

“Secara langsung ia memberi kewibawaan kepada dakwaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, dan pihak-pihak lain bahawa Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin, telah hilang sokongan majoriti,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Lagi pun, kata Kadir, majoriti yang didakwa oleh Presiden Bersatu itu hanyalah teori dan tekaan (conjecture).

“Ia tidak pernah diuji di Dewan Rakyat dan Muhyiddin menggunakan pelbagai tipu helah bagi mengelakkannya.”

Setakat ini, setelah dua kali diadakan undi belah bahagi di Dewan Rakyat bilangan yang menyokong Muhyiddin Yassin kekal hanya 111 Ahli Parlimen.

“Dengan penarikan balik sokongan UMNO ini, kedudukan kerajaan PERIKATAN NASIONAL semakin tidak menentu,” tegas Kadir.

Beliau melihat kenyataan Ahmad Maslan itu juga menguji pendirian PAS dalam Muafakat Nasional kerana parti itu baru saja mengulangi ikrar menyokong Muhyiddin dan kerajaan PERIKATAN NASIONAL.

“Dengan cadangan menyegerakan pendaftaran Muafakat Nasional itu, Biro Politik UMNO, secara tidak langsung memberi kata dua kepada PAS sama ada hendak terus bersama PERIKATAN NASIONAL atau kembali kepada Muafakat Nasional.

Namun kenyataan Ahmad Maslan jelas menunjukkan UMNO tidak gemar dengan cara PAS bermain dalam dua kolam.

Mustahil UMNO mahu menerima PAS dalam Muafakat Nasional jika ia bersama PERIKATAN NASIONAL.

Lebih-lebih lagi Tengku Razaleigh merupakan salah seorang pemimpin UMNO yang tidak mempercayai PAS.

Justeru, kita tunggu dan lihat siapa yang kini mendengar cakap enggang, dan akhirnya termakan buah beluluk.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )