Soalan buat Ketua Dewan Muslimat PAS: Seronok ke PAS jadi ‘Penebuk Atap’?

Soalan buat Ketua Dewan Muslimat PAS: Seronok ke PAS jadi ‘Penebuk Atap’?

“Jangan serah pada PAS sahaja berusaha, yang lain tidak kisah atau tidak ambil berat dan tidak merasakan keperluan itu.”

Demikian ungkapan ‘hebat’ Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh, yang berkata kononnya pemerintahan 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya menyedarkan orang Islam mengenai kepentingan penyatuan ummah dan parahnya perpecahan.

“Penyatuan ummah khususnya bagi umat Islam adalah tuntutan agama. Setiap jiwa yang beragama Islam perlu berusaha ke arah itu.

“Oleh kerana ia tuntutan kepada umat Islam, semua pihak perlu berusaha bersatu dengan agama Allah, katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, semalam yang memaklumkan parti itu masih menunggu jika mempunyai peluang untuk bersama UMNO menerusi MN bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tuan Ibrahim berkata, bagaimanapun, jika UMNO memutuskan mahu bergerak sendirian menerusi Barisan Nasional (BN), PAS sedia bertanding melalui gabungan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, PAS adalah komponen dalam PN namun pihaknya tidak menutup pintu kepada penyatuan ummah menerusi MN.

Selain itu Nuridah berkata, PAS bersama akar umbinya akan tetap berusaha ke arah penyatuan berkenaan.

Persoalan untuk Ketua Dewan Muslimat PAS, apa faedah yang rakyat perolehi sepanjang PAS berada dalam kerajaan?

Penyatuan ummah yang mana yang telah dibuat PAS? Pembelaan apa yang telah dibuat PAS untuk Islam di Malaysia? Setahu kami, selain daripada kenyataan-kenyataan dangkal daripada ‘Menteri Cap Ayam’, rakyat juga disuap dengan propaganda PAS yang kononnya berjaya dalam kerajaan walaupun banyak peristiwa menghina Islam yang dibiarkan berlaku berbanding ketika pemerintahan PH.

Seronok ke jadi ‘penebuk atap’?

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )