So dakwaan pasal ‘merpati’ betullah?!!

So dakwaan pasal ‘merpati’ betullah?!!

Demikian respon Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tatkala meminta pihak berwajib memberi penjelasan berhubung dakwaan Dato’ Sri Najib Razak, yang kini menjalani hukuman 12 tahun penjara, diberikan ‘layanan istimewa’.

Ia berikutan bekas Perdana Menteri itu dihantar mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjutan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Ahli Parlimen Muar itu mempertikaikan layanan dua darjat, yang didakwa diberikan buat Najib, meskipun Ahli Parlimen Pahang itu kini berada dalam penjara.

“So dakwaan pasal ‘merpati’ betullah? Jadi, banduan pun masih ada layanan dua darjat. Pihak terbabit harus beri penjelasan kenapa special treatment (layanan istimewa) diberikan kepada Najib,” ciapnya di Twitter.

Pada masa sama, Syed Saddiq, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya turut mendakwa maklumat berhubung keberadaan Najib di HRC terpaksa dikeluarkan pihak penjara selepas informasi mengenainya sudah tersebar.

“Kalau info tak leak (bocor), rasanya ada keluar ke statement (kenyataan) daripada Jabatan Penjara?” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )