Siapa yang jadi calon atau menang jangan lupa akar umbi!!!

Siapa yang jadi calon atau menang jangan lupa akar umbi!!!

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Datuk Abdul Halim Bachik berkata, sebarang pertelagahan sesama sendiri di dalam Pakatan Harapan tidak membawa sebarang kebaikan, sebaliknya merugikan parti.

“Lawan kita adalah Pas dan UMNO. Kita kena lawan parti terbesar ini, itu fokus kita tapi jangan pula ada yang berlawan sesama kita.

“Jadi, sebab itu kita kena pastikan semua anggota parti bersatu dan memperkuat akar umbi supaya kita boleh kembali mentadbir negara,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan 2020 Cabang PKR Indera Mahkota di Hotel Mandurah, Pantai Beserah pada Ahad.

Abdul Halim berkata, beliau tidak mahu sejarah berulang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila ramai pemimpin daripada gabungan PH berpaling tadah.

“Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Siapa yang jadi calon atau menang jangan lupa akar umbi yang bersusah payah turun padang demi kemenangan kita,” katanya.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )