Setelah diasak, Ismail Sabri umum tutup kilang arak semasa PKP

Setelah diasak, Ismail Sabri umum tutup kilang arak semasa PKP

Nampaknya setelah diasak teruk oleh pelbagai pihak, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mewakili kerajaan TEBUK ATAP akhirnya bersetuju supaya kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta sempena Perntah kawalan pergerakan 3.0.

Ismail berkata, walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja.

“Sebagai makluman, kesemua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

“Oleh demikian, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.

“Justeru, kerajaan hari ini bersetuju supaya semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Peliknya, takkanlah kerajaan tidak pernah terfikir bahawa arak itu bukannya satu keperluan dan bukannya makanan asas?

Takkanlah setelah diasak dan dikritik teruk, baru kerjaaan mampu buat keputusan? Bak kata Zulhazmi Shariff, “kalau bodoh, jangan jadi kerajaan!!!”

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )