Setelah berbulan menunggu, Hud-hud terbang makin tinggi

Setelah berbulan menunggu, Hud-hud terbang makin tinggi

Wow, inilah Malaysia dibawah undang-undang Musang berjanggut.

Nampaknya yang terkena hukuman hanyalah rakyat Marhaen seperti Md Syafrizan Salleh, yang dipenjara 14 hari dan denda RM1,000 di Mahkamah Majistret Air Keroh sekembalinya beliau dari mengundi di Pilihan Raya Negeri Sabah.

Mengulas mengenainya, Pengasas Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abd Rahman berkata:

“Dia balik ke Sabah untuk mengundi. Selepas pulang ke Semenanjung, terus membuat ujian COVID. Kerana tidak kuarantin 14hari, dia didenda RM1000/Jel 14 hari.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir, turut memberi pandangan yang sama bagi kes berkenaan. Beliau mendakwa keputusan tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Khairuddin menunjukkan wujud pendakwaan antara dua darjat.

“Tindakan yang tidak adil ini bukanlah kali pertama dilakukan kerajaan PERIKATAN NASIONAL dan malangnya dengan kelemahan integriti dan kerakusan pangkat, lebih banyak ketidakadilan akan berlaku selepas ini,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Hakikatnya, jangkaan rakyat eputusan terhadap Menteri yang disucikan oleh Mursyidul Am PAS, Dato’ Hashim Jasin umpama burung hudhud dalam al-Quran sudah dijangka.

Pejabat Peguam Negara dilaporkan mengarahkan untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Khairuddin kerana menteri berkenaan tidak diberikan borang menjalani perintah kuarantin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Pejabat Peguam negara kerana kekurangan bukti kukuh bagi mengasaskan pendakwaan terhadap beliau.

Pejabat Peguam Negara mendapati Menteri berkenaan tidak diserahkan borang 14B di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin, kata Huzir.

Maknanya yang salah ialah Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak memberi beliau Borang 14B.

Setelah berbulan-bulan mencari alasan bagaimana hendak menyelamatkan Menteri berkenaan, maka akhirnya Kerajaan TEBUK ATAP menemuinya.

Tindakan tersebut dikecam pelbagai pihak.

Tak kira isi borang atau tidak, seorang Menteri sepatutnya menjadi teladan kepada rakyat bukan kecaman daripada rakyat.

Selepas ini, rakyat akan menyaksikan burung hud – hud belaan Muhyiddin akan terbang jauh lebih tinggi, mendabik dada kononnya beliau tidak bersalah.

Rakyat sentiasa mendoakan agar Malaysia sentiasa ditadbir oleh pemimpin yang adil dan saksama. Jadi kita tunggu pembalasan daripada pemilik undang-undang hakiki pula menghukum. Semoga Allah menunjukkan kebesaranNya kepada mereka yang kejam kepada rakyat.

Inilah Malaysia, menyedihkan dan memalukan!!

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )