Senarai Menteri tak guna PN Musang Berjanggut

Senarai Menteri tak guna PN Musang Berjanggut

Kali ini admin nak kongsi mereka yang tersenarai sebagai Menteri yang tidak berguna kepada rakyat Malaysia daripada kerajaan Perikatan Nasional atau lebih sesuai kita panggil Kerajaan Musang Berjanggut.

Pertama:  Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Pernah mengaku kononnya dirinya Pakar Perancang Bandar. Sebelum menjadi Menteri beliau memperlekeh keputusan Khalid Samad

“RM850 sekaki persegi (skp) bukan nilainya tanah di Kampung Baru.”

Setelah menjadi Menteri, Annuar berkata penawaran pampasan berjumlah RM1,000 sekaki persegi kepada pemilik tanah di Kampung Baru tidak dapat diteruskan kerana tiada sumber pembiayaan keseluruhannya bernilai RM7 bilion daripada Perbendaharaan bagi menampung jumlah bayaran berkenaan.

Rupanya sebelum itu beliau hanya berkokok, tetapi ekor bergelumang dengan tahi. Kah.. kah.. kah!!

Kedua: Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba.

Hanya mampu memberi cadangan supaya kita minum air suam bagi mengekang jangkitan COVID-19. Kini beliau dan dua orang timbalannya hilang dari radar. Kui.. kui.. kui…!!

Ketiga: Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri

Kita tidak tahu apa idea baharu yang dibawanya untuk pembangunan Islam di negara ini. Yang kita tahu beliau ke sana ke sini berceramah agama masjid ke masjid.  Membawa oleh-oleh dari perbendaharaan negara sahaja.

SOP Kementerian kesihatan supaya memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial demi menghalang COVID-19 pun beliau ingkar. Aduhai!!

Keempat: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali

Langsung tidak ada idea baharu setelah mengambil alih tempat Teresa Kok.

Beliau turut mengajak rakyat minum minyak kelapa sawit dan menanam buluh. Sebelum itu walaun mengejek Teresa kerana cadangan tersebut. Malah Khairuddin memperlekeh Teresa berhubung penanaman buluh.

Sekarang sangat popular sebagai menteri yang tidak mematuhi SOP setelah pulang dari Turki dan kesnya masih ‘dibangau oh bangaukan’ oleh pihak PDRM dan Pejabat Peguam Negara. Beratnya kes ni!

Kelima: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Adalah mengeluarkan kenyataan ‘bodoh’ sekali sekala. Misalnya, Beliau mencadangkan untuk tadah air hujan bagi menangani masalah air di Kelantan. Kita tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh dua orang Menteri lagi.

Keenam: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Datuk Zailah.

Mereka berjaya menjadi bahan lawak dunia kerana mencadangkan wanita meniru suara Doraemon untuk memujuk suami supaya membantu. Sungguh kelakar dan tidak masuk akal!!

Ketujuh: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad

Didesak untuk meletakkan jawatan setelah pada saat akhir mengarahkan agar Institusi Pengajian Tinggi menangguhkan pendaftaran pelajar baharu dan lama bagi sesi Oktober ini. Para pelajar mengakui kerugian ribuan ringgit berikutan menanggung kos tiket pengangkutan darat dan udara, deposit pembayaran rumah sewa dan lain-lain. Ini namanya menteri musibat! Eh,Sekejap! Di mana Radzi Jidin ya? Diam seribu Bahasa.. makan gaji buta ke?

Kelapan:  Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin

Beliau dikatakan memberikan laporan yang salah mengenai Veveonah Mosibin. Samdol inimenjadi kecaman orang ramai selepas mendakwa Veveonah sebenarnya tidak mengambil peperiksaan semasa berita mengenainya – yang terpaksa memanjat pokok bagi mendapatkan liputan Internet – tersebar. Alahai, dengan budak-budak pun nak bertekak, sah-sah kamu slaah fakta.

Cukuplah lapan contoh yang diberi yang menunjukkan rendahnya kualiti kepimpinan Kerajaan TEBUK ATAP ini. Belum lagi admin sebut tentang Menteri Kanan AA, tak cukup ruangan ni kalau nak disenaraikan tentang makhluk itu.

Kabinet Pn Musang Berjanggut sangat besar sehingga 70 Menteri. Tetapi di mana kualitinya? Cam Haremmmm!!

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )