Seluar koyak di belakang, bukan di depan – Muhyiddin masih boleh ‘taici’

Seluar koyak di belakang, bukan di depan – Muhyiddin masih boleh ‘taici’

Susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menolak permohonan Perdana Menteri untuk melaksanakan darurat, Bekas Menteri Kabinet BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin

Shahrir menyifatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengalami kekalahan moral manakala Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai lebih bijaksana.

“Apa nak jadi kepada negara kita apabila kerajaan dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang ‘nasihat’nya kepada Ketua Negara ditolak?

“Walaupun ditemani oleh menteri-menteri kanan, IGP dan Ketua Angkatan Tentera, masih Ketua Negara tidak dapat diyakini,” kata Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

Turut memberi reaksi adalah adiknya, Khalid Abdul Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam merangkap Pengarah Komunikasi AMANAH.

“Kalau saya Muhyiddin, saya letak jawatan. Tapi kalau pegang pada ‘malu apa bossku’, buat tak tahu saja,” katanya sambil berkongsikan respon abangnya dengan komentar, “Hebat juga komen ‘Tok Uban’ ni.”

Dalam masa sama, Khalid secara sinis menambah Muhyiddin masih boleh ‘taici’ memandangkan Agong tidak memintanya untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Agong tak suruh letak jawatan. Hanya tolak nasihat isytihar darurat. Masih boleh taici. Seluar koyak di belakang bukan depan,” perlinya lagi. Ha..ha..ha..!

Dan setelah gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk meletakkan negara ini di bawah pemerintahan darurat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mempertimbangkan untuk letak jawatan.

Sejurus sahaja YDPA bertitah menolak cadangan itu, Muhyiddin lewat malam tadi mengadakan pertemuan bersama beberapa menteri Kabinet di Bukit Damansara.

Para menteri, dan juga anggota parlimen berkumpul di kediaman perdana menteri untuk meyakinkannya agar Muhyiddin tidak mengundurkan diri.

Mereka diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Kereta para pemimpin dilihat meninggalkan rumah Muhyiddin sekitar jam 11.20 malam tadi.

Nampaknya kekalahan itu mungkin telah merugikan Muhyiddin, dan ada yang mengatakan bahawa dia ingin melakukan mengundurkan diri, tetapi diminta untuk terus bertahan oleh Azmin dan yang lain.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria berkata, Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan yang gila berpolitik tanpa menghiraukan ancaman penularan Covid-19.

Katanya, kerajaan tebuk atap yang menumbangkan kerajaan yang sah daripada mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mac lalu berterusan gila berpolitik.

“PN terus gila berpolitik dengan menumbangkan kerajaan negeri Melaka, Johor dan Perak yang sah.

“PN juga terus rakus berpolitik hendak memberikan sebuah negeri kepada Pas sebagai Menteri Besar dengan menumbangkan pula negeri Kedah yang sah.

“Kegilaan politik mereka berterusan dan menggila tanpa menghiraukan peningkatan Covid-19 di Sabah dengan asakan sehingga terbubar Dewan Undangan Negeri seterusnya pilihan raya negeri Sabah,” ujarnya.

Dr Zaidi berkata, kerajaan PN pada masa ini tergugat dan tidak stabil ekoran perbalahan antara Umno dan Bersatu sehingga Umno mengisytiharkan gencatan politik kononnya untuk meredakan perbalahan.

Namun begitu tegasnya, PN yang hanya mempunyai dua kerusi majoriti di Parlimen seperti ‘telur di hujung tanduk’ cuba menggunakan darurat demi menyelamatkan kuasa mereka.

“PN yang berada dalam keadaan darurat tanpa menyedari kegilaan politik yang tidak menghiraukan pemularan pandemik Covid-19,” katanya lagi.

 

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )