Selepas rugikan TDM, kini dilantik sebagai Pengerusi LGM

Selepas rugikan TDM, kini dilantik sebagai Pengerusi LGM

Pelantikan Raja Idris Kamaruddin sebagai Pegerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dipersoal.

Apatah lagi individu terbabit merupakan seorang warga negara rakyat Britain di mana juga dilantik sebagai Pengerusi TDM Berhad serta beberapa lagi syarikat GLC utama di Terengganu oleh kerajaan PAS Terengganu.

Di percayai di Terengganu sahaja beliau memegang belasan jawatan utama, demikian menurut Pengerusi AMANAH Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah.

Kamarul yang juga Senator mempersoalkan apakah Raja Idris seorang tokoh koporat negara yang terkenal dan luar biasa hebat sehingga diberi begitu banyak jawatan dengan gaji puluhan dan mungkin ratusan ribu?

Katanya berdasarkan maklumat yang diperoleh syarikat TDM Berhad telah mengalami kerugian yang tinggi pada empat tahun yang lepas dan diberitakan tidak mengemukakan penyata kewangan selama tiga tahun yang lepas kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia .

Katanya, CEO TDM Berhad Zainal Abidin Shariff telah meletak jawatan pada tahun 2020 lepas kerana tidak bersetuju dalam beberapa isu dengan Raja Idris begitu juga CFO TDM juga telah meletakkan jawatan.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )